Hadiah dari Etuza dah sampai gais! Saya terpilih sebagai pemenang top komentator December untuk blog cikgu Etuza. Tak sangka pula dapat handbag. Balik dari bercuti Khamis malam Jumaat tengok ada parcel . Dah agak dah mesti hadiah dari beliau. Semalam sebelum gerak pulang ke kampung buka dan WAH!!!
terima kasih cikgu Etuza, moga murah rezeki cikgu sekeluarga dan sihat selalu. Saya guna terus bawa balik kampung la kalau begitu, alang ada dapat handbag baru sempena 2026 kan? hehe
Bila dikenang kembali, dah lama saya tak aktif update blog . Beberapa bulan kebelakangan ni baru aktif semula dan dalam sedar tak sedar rupanya saya dah dapat 3 hadiah pertama kali telekung pemberian kak notie, mandian Dherbs yang wangi sangat dari CCL dan handbag dari tuan Etuza kita ni.
hadiah yang diterima memang bermanfaat buat saya, moga mengalir pahala berterusan buat mereka. terima kasih juga kepada semua sahabat blggger yang sentiasa hadir baca dan drop komen di sini
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.