Day 1
KAmi Ke Thailand!
Cuti kali ni tak di rancang, main redah saja dengan tak booking hotel pun. Awalnya nak pulang ke kampung tapi banjir di laluan Gemas leceh untuk kami menghala ke Segamat nak kena lalu ke Tangkak pula.Tukar plan, kita makan angin bagi kembung perut je la, hehe. (Perut kembung, poket yang kempis)
Kami plan nak gamble bercuti ke Betong 1 malam dan Yala 2 malam. Oleh kerana dah biasa ke Betong kami nak bermalam di sana sekejap saja. Gamble pun seronok, memandangkan ini bukan kali pertama kami ke Betong sejak 2018 rasanya mula ulang alik ke sana kerana telah jatuh cinta dengan suasananya yang damai dan tenang. Yala pula, ini pertama kali ke sana. Orang kata syurga makanan dan sudah tentu mudah nak cari makanan halal kerana ramai orang Islam juga di Sana. Dialek mereka ala-ala orang kelantan. Terasa macam bercuti di Kelantan la kiranya, hehe
Kami gerak agak lewat juga, ye la hampir tengah malam baru buat keputusan nak bercuti, busy packing pagi tu dah nak tengah hari baru nak gerak. Sarapan dulu kat kedai dan gerak harung jem slow slow. Kami sampai di R&R untuk solat pun dah agak lewat dalam 4 lebih petang masa tu.
Ambil insurance di Pengkalan Hulu dan isi minyak sepenuh penuh tangki di Pengkalan Hulu dulu sebelum masuk Betong sebab petrol kat sana mahal.hehe
📍 Koordinat GPS:
Latitude: 5.7030490
Longitude: 100.9998797
✅ Ini lokasi stesen minyak Petronas di Pengkalan Hulu di tepi laluan dalam kawasan pekan sebelum menuju ke sempadan Malaysia–Thailand / Betong.
Sampai boarder dah nak maghrib.
cop passport dulu.
Oleh kerana sampai pun dah lewat, maka kami buat keputusan bermalam di Betong sebab nak ke Yala tu makan masa lebih kurang dua jam juga dengan jalan yang bengkang bengkok . Sebelum cari hotel kami makan dulu.
Perut dah berkeroncong juga masa ni, dalam pukul 7lebih time sana. Kalau Malaysia dalam 8 lebih masa tu.
telur bungkus, ikan kukus limau, tomyam, udan dan sotong celup telur entah apa lagi menu saya pun dah lupa.
oh ye gambar sayur tak snap. haha lupa
kalau ride boleh tampal stiker group kat sini
Lepas makan, cari hotel. Banyak juga hotel penuh di Bandar Betong ni. Alhamdulillah ada yang sesuai. selesai tu terus ke 7 Eleven beli jajan, burger air dan kudapan budak budak ni
ni hak ommi. haha..burger daging tu kegemaran ommi. air ala ala yakult tu pun wajib beli kalau ke sini.
Badan letih, terus masuk bilik bersihkan diri dan berehat sebab esoknya nak gerak awal nak menuju ke Yala.


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.