Makan Malam di Yala, Thailand: Mudah Dapat Makanan Halal, Sedap dan Murah

Berada di Yala, Thailand memang tidak menyukarkan kami untuk mencari makanan halal. Pilihan menu yang pelbagai serta suasana yang mesra Muslim menjadikan waktu makan lebih tenang dan menyeronokkan. Pada malam pertama di sana, kami menikmati pelbagai hidangan seperti sup gear box, perut muda, daging masak merah, telur sarang, tomyam campur, cincau dan beberapa menu lain. Apa yang boleh dikatakan, hampir semuanya sedap dan harganya pula sangat murah.

daging harimau menangis sedap dan murah. lebih kurang rm10 je(lupa harga sebab bukan saya yang bayar)




tomyam campur
(sedap, tak usah ditanya tomyam merah atau putih kalau thailand ni pelik la jika tak sedap kan?)

sup gear box tu besar giler, menung gak tak tau nak ambil camne. last last big boss la bantu hiriskan da agih pada kami)



telur sarang.

cincau dia sedap. 



si kecik tu memang ommi la suap, dia takmo makan banyak alasannya nak makan pulut ayam je nanti di hotel(dia dah tapau pulut ayam)


daging masak merah dan perut muda ni pun sedap. cukup rasa dan harga pun murah. perut muda tu harga tak sampai rm10 duit kita. terkejut juga dengar harga.

Secara keseluruhan, Yala sememangnya boleh dianggap sebagai syurga makanan halal. Bukan sahaja mudah didapati, malah rasa hidangannya menepati selera dan harganya sangat berbaloi. Segala air yang bobo jika bersusu pun 20 bath je korang. murah giler kan..(masa kami gi haritu tukaran wang selisih 1.3 camtu) dalam rm2+ je. Jika berpeluang ke Yala, jangan risau soal makanan kerana pilihan halal di sini memang banyak dan menyenangkan.




Post a Comment

0 Comments