Hari ini menu lunch kami agak ringkas sebab harini kelam-kabut ke sekolah anak untuk urusan BAP (Bantuan Awal Persekolahan).
Saya kelam kabut masak sehabis pulang dari pasar, saya masak udang masak lomak cili api, sayur kacang panjang, dan sambal kuini. Walaupun masak cepat-cepat, alhamdulillah semuanya siap dan sedap dimakan bersama keluarga.
Plan awal nak buat sambal, tapi Si bongsu tu request nak gulai lomak cili api
sayur kacang panjang campur kobis
Selesai masak tengah hari, terus bersiap semula ke sekolah untuk ambil BAP anak sesi petang. Hari yang agak kalut, tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mujur harini tak hujan kerana parking kereta agak jauh dari Sekolah kerana ramai ibu bapa hadir awal untuk ambil duit BAP.
%20(1).jpg)
%20(1).jpg)
%20(1).jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.