Sebagai persiapan untuk menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi, kami sekeluarga mengambil langkah awal dengan pergi mendapatkan vaksin Pneumococcal dan Influenza. Seramai lapan orang semuanya, masing-masing dengan perasaan berdebar menanti giliran. Paling mencuit hati sudah tentu si bongsu kami yang kelihatan paling takut dan akhirnya menjadi orang terakhir menerima suntikan. Walaupun sedikit drama, semuanya berjalan lancar dan penuh kenangan manis.
sebelum vaksin
selepas vaksin, muka happy dapat rm10 dari ommi. (korang tau tak, sampai je rumah dia terus bagi saya RM20 sebagai hadiah sebab ommi vaksin tak menangis katanya, haha)
Alhamdulillah, urusan vaksinasi selesai dengan baik dan si bongsu pula berjaya mengatasi ketakutannya — siap dapat ganjaran RM10 sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas keberaniannya. Sebagai penutup hari yang memenatkan tetapi bermakna, kami sekeluarga terus menjamu selera di kedai nasi Arab bersebelahan klinik. Syukur tak perlu masak makan malam, dan satu lagi persiapan umrah berjaya diselesaikan dengan penuh rasa syukur.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.