Selepas ke gua Tham Kraseang kami singgah di Restoran Santai Budaya Yala untuk makan tengah hari, satu tempat yang unik sebab dekorasi ala kampung Melayu lama lengkap dengan rumah tradisional dan perhiasan nostalgia. Walaupun santai, suasana di sini memang seronok untuk kami lepak sambil makan. Dalam post ni, saya kongsikan gambar makanan dan sekitar restoran
bahagian depan restoran
cantik kan?
kami pilih makan di bahagian dalam. ada disediakan ala cart atau set yang ada pilihan menu. ikut kita la nak set yang mana.
sementara mereka sediakan makanan saya order laksa , saja la nak try. sedap juga. lauknya ayam campur rebung
ikan bakar dia sedap, lain dari rasa ikan bakar tempat kita
siput jenis ni saya tak pandai makan. diorang je yang makan. ada di sediakan lidi untuk cungkil isi siput
dulang ulam. ada pelbagai jenis ulam yang kebanyakannya pahit.
gambar telur dadar, tomyam, ikan pekasan dan entah apa lagi saya tak sempat snap gambar.
makan dulu sebelum misi mencari Hotel. gamble katanya, maka kenalah cari hotel untuk bermalam.
jika nak makan di luar boleh makan bawah rumah macam ni. bahagian atas tu boleh naik juga untuk merasai makan duduk bersila .atas bahagian kami makan tu pun boleh juga naik makan di situ
cantik dapur dia
t
Rembo ada kat sini gais. kalau Tok Dalang tanya korang bagitau dia ye!(watak kartun upin ipin)
Selesai makan dan berjalan sekitar restoran, kami rasa puas hati dengan suasana yang tenang dan dekorasi yang mengingatkan pada zaman dahulu. Kalau singgah Yala, Restoran Santai Budaya memang tempat yang sesuai untuk makan sambil menikmati nostalgia kampung Melayu.
Alamat Ringkas:
3 หมู่ 3, Bannang Sata District, Yala 95130, Thailand
📌 Anggaran koordinat (GPS):
~6.4790° N, 101.3240° E
https://lydiamiza.blogspot.com/2026/01/jelajah-thailand-lagi.html
https://lydiamiza.blogspot.com/2026/01/sarapan-di-betong-thailand.html
https://lydiamiza.blogspot.com/2026/01/dari-betong-menuju-ke-yala.html
https://lydiamiza.blogspot.com/2026/01/tham-krasaeng-yala-thailand-gua-tembus.html


.jpg)
%20(1).jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.