Bila tak ada selera nak makan berat, saya biasanya pilih menu yang ringan dan menyegarkan. Salad buah dengan tembikai, pear dan daun salad baby romaine ini antara pilihan kegemaran saya, sama ada untuk sarapan atau lunch. Ringkas, cepat disediakan dan tak membebankan perut.
Gabungan buah yang manis dan berair dan pear yang rangup dengan daun salad yang rangup memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Saya cuma tambah sos thousand island brand Lady's Choice kegemaran saya untuk bagi rasa lemak manis yang seimbang. Tak perlu banyak bahan pun, asalkan segar dan buat badan rasa ringan selepas makan. Kalau korang menjaga diet dan tak makan sos tak berkhasiat ni boleh je skip, hehe
Untuk hari-hari yang kurang selera makan, salad buah ringkas seperti ini memang jadi penyelamat. Boleh dijadikan sarapan atau lunch ringan tanpa rasa terbeban. Simple, segar dan cukup untuk bagi tenaga sepanjang hari.
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.