gambar: google



Cuti sekolah dah nak tamat, tahniah buat semua anak-anak atas kecemerlangan peperiksaan yang lepas. Bagi yang belum puas hati dengan keuputusan kalian boleh usaha dan cuba lagi. Ada adik-adik tingkatan satu dan empat yang dapat masuk asrama? Sini Acik share  checklist barang kemasukan ke asrama . Jangan lupa bawa barang-barang penting ni supaya tidak perlu susah payah keluar pergi membeli di sekitar tempat baru pula. Pelajar yang nak masuk universiti pun boleh rujuk perkara di bawah:

1️⃣ Keperluan Pakaian

  • Baju, seluar, skirt, kasut ke kelas, kasut sukan,pakaian sukan

  • Pakaian dalam & stokin secukupnya

  • Pyjamas / baju tidur

2️⃣ Keperluan Diri

  • Sabun, syampu, ubat gigi, berus gigi

  • baldi

  • Tuala kecil & besar

  • tuala wanita(jika perempuan)

  • Alat kecantikan / penjagaan diri (ringkas saja)

3️⃣ Barang Peribadi

  • Beg / backpack harian

  • Botol air

  • Buku nota / alat tulis

  • Telefon & charger

4️⃣ Peralatan Tambahan

  • Selimut / cadar / sarung bantal/bantal

  • Tupperware / bekas makanan ringan

  • set sudu

  • Jam loceng atau alarm

5️⃣ Barang Misc

  • Mask / sanitizer

  • Kain lap / span

  • Lampu meja kecil / lampu tidur

Tips: Bawa secukupnya, jangan terlalu berat. Barang penting je dulu, boleh tambah nanti!