gambar:sumber google
Alhamdulillah saya dah kembali ke tanah air. Hai semua. Tau tau dah masuk ke bulan Ramadan dah kita. Bazar Ramadan meriah pada awal awal puasa macam ni kan?
Bazar Ramadan sentiasa sesak dengan pelbagai kaum dan agama semua teruja nak mencari pelbagai makanan menarik di Bazar Ramadan jika kita berkunjung pada awal awal puasa ni.Kata orang bila jalan tu memang tersenggol la. Jika dah seminggu dua baru lengang sikit.
Nafsu membeli bercampur baur dengan semangat nak mencuba pelbagai lauk pauk dan kuih viral. Ikan bakar, mee goreng sotong giant la,kuih kuba guling la . Semua menarik.
Dalam mencari menu viral tu jangan abaikan tahap kebersihan ye, tengok dulu sebelum membeli.Jangan membazir juga. Beli ikut tahap besar mana perut kita.Nak terawih pun tak larat nanti.
Apa menu yang kalian cari kalau terjah ke Bazar Ramadan? share la sikit
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.