Saya ni memang suka makan roti yang lembut dan gebu. Tak kisah makan dengan kaya, butter atau dijadikan burger—asal roti tu lembut, memang puas hati.
Tapi kadang-kadang bila beli roti di kedai, tekstur dia jadi keras dan kurang sedap untuk dimakan. Jadi saya nak kongsi satu cara yang sangat mudah dan selalu saya buat untuk lembutkan roti yang keras ni.
Kalau roti yang dibeli terasa keras, cara saya sangat ringkas—kukus sekejap roti tersebut.
Tak perlu kukus lama pun, cukup beberapa minit saja sehingga roti jadi lembut semula. Wap panas dari kukusan akan membantu melembapkan roti dan menjadikannya lebih gebu.
Lepas dikukus, roti tu memang sedap dimakan. Biasanya saya akan:
-
guna untuk buat burger
-
makan bersama kaya
-
sapu butter ketika roti panas-panas
Tekstur roti jadi lebih lembut dan tak kering, memang jauh lebih nikmat berbanding makan roti keras.
Cara ni bukan saja mudah, tapi juga membantu elakkan pembaziran roti. Dengan sedikit usaha, roti yang keras boleh jadi lembut dan sedap semula.
Kalau awak pun jenis suka roti lembut macam saya, bolehlah cuba cara ni nanti 😊.Awak ada cara lain? share please.
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.