CHECKLIST UMRAH 2026

 

gambar-sumber google

Masya Allah pejam celik dah tak lama dah rupanya tarikh untuk kami mengerjakan ibadah umrah. Sambil buat persiapan diri mental dan fizikal saya share sini juga mungkin bermanfaat buat kalian juga.


Ini perkara Utama yang wajib disemak:

  • Passport antarabangsa – sah minimum enam bulan.
  • Salinan passport (fotostat & dalam telefon).
  • Visa umrah / pengesahan e-visa jika perlu.
  • Itinerari penerbangan.
  • Insurans perjalanan.
  • Kad pengenalan (IC).
  • Kad bank / kad debit yang boleh digunakan di luar negara.

Tip: Simpan sekurang-kurangnya dua set salinan dokumen – satu di begpack dan satu salinan lagi di dalam bagasi

Pakaian Asas

Untuk Lelaki:

  • 2 set kain ihram.
  • 1 tali pinggang ihram.
  • 3–5 pasang baju kurta/ baju melayu
  • 2–3 helai seluar panjang / slack
  • Kain pelikat (jika biasa pakai).

Wanita:

  • 2–3 pasang telekung.
  • 3–5 helai jubah 
  • Tudung labuh yang selesa dan tidak jarang.
  • Pakaian dalam, sarung tangan, anak tudung dan stokin yang mencukupi.

Umum:

  • Baju tidur / pakaian santai dalam bilik.
  • Jaket nipis berguna untuk dalam flight dan bilik terutama jika musim sejuk.
  • Baju untuk pergi dan balik (kapal terbang).

3. Kasut

  • Kasut tawaf / sandal yang selesa.
  • Kasut sukan untuk berjalan jauh.
  • Selipar tandas.
  • Plaster, ubat sapu untuk melecet, krim kaki jika perlu, krim muka/ badan untuk melembabkan kulit

Elakkan kasut baru yang tidak pernah digunakan agar sudah selesa dan tidak melecet bila dipakai. Pilih kasut atau selipar yang selesa.

4. Barang Kebersihan Diri

  • Berus gigi, ubat gigi.
  • Sabun badan (sebaiknya tanpa pewangi semasa ihram).
  • Syampu (tanpa pewangi jika mahu lebih berhati-hati).
  • Tuala muka dan tuala badan.
  • Tisu kering dan tisu basah.
  • Deodoran supaya badan tidak berbau kita perlu berjalan banyak dan akan berpeluh (pastikan tidak wangi jika nak pakai ketika ihram ).

5. Ubat-Ubatan & Kesihatan

  • Ubat demam, sakit tekak,sakit kepala, batuk dan selsema.
  • Ubat gastrik (jika perlu).
  • Ubat peribadi: darah tinggi, kencing manis, jantung, asma , radang dan lain-lain.
  • Vitamin atau supplement yang biasa anda makan
  • Minyak angin / balm (guna sederhana, jangan terlalu kuat baunya).

Letak dalam satu beg khas supaya mudah dicari.

6. Peralatan Elektronik

  • Telefon bimbit + pengecas.
  • Powerbank.
  • Adapter plug antarabangsa (Saudi).
  • Jam tangan 
  • Earphone(jangan bervideo call dalam masjid terutamanya tanpa guna earphone hingga ganggu jemaah lain)

Sebelum berangkat, pastikan:

  • Nomor telefon aktif untuk roaming, atau rancang beli SIM kad di Saudi.
  • Aplikasi penting (WhatsApp, IMO,Al-Quran, arah kiblat) 

7. Keperluan Ibadah

  • Buku panduan umrah (Bahasa Melayu).
  • Buku doa atau senarai doa sendiri.
  • Tasbih 
  • Buku nota kecil dan pen untuk catatan.

8. Persediaan Sebelum Berangkat Pergi

Selain barang fizikal, ada benda penting yang perlu disiapkan:

  • Lunaskan hutang yang mampu dibayar segera atau maklumkan kepada pemberi hutang minta tangguh.
  • Minta maaf kepada ibu bapa,ahli keluarga dan sahabat.
  • Sediakan sedikit duit untuk sedekah di sana

9. Semakan Akhir Sebelum Keluar Rumah

Pada hari berlepas:

  • Passport?
  • Tiket & dokumen?
  • Dompet & wang?
  • Telefon & pengecas?
  • Ubat penting?
  • Kain ihram / telekung?
jika wanita pastikan telekung berada dalam bagpack/sandang agar tak perlu bongkar bagasi untuk solat di airport nanti


Baca doa keluar rumah dan serahkan urusan anda kepada Allah SWT.

10. Penutup

Checklist bukan untuk membebankan fikiran , tetapi untuk menenangkan dan bersiap dengan teratur. Bila kita tahu semua keperluan asas sudah dibawa, hati jadi lebih lapang untuk fokus kepada ibadah.


Post a Comment

0 Comments