Laban Strawberry Sentiasa Di Hati

Laban Strawberry Umrah 2026


"Kalau sebut tentang , Qatar, bukan sahaja memori merantau atau padang pasir yang terlintas di fikiran, tapi rasa segar Laban Strawberry yang cukup ikonik. Sejak mula menjejakkan kaki di sana bertahun dulu, minuman yogurt ni dah jadi 'peneman setia' setiap hari. Tapi bila dah balik Malaysia, rindu tu memang tak terkata sebab susah nak cari rasa yang betul-betul mirip."

 Rasa minuman lemak berkrim, masam-manis yang seimbang, dan mengenyangkan. Selain tu ia
  • Kaya dengan kalsium dan vitamin D3 untuk kesihatan tulang.
  • Mengandungi probiotik (live cultures) yang sangat baik untuk sistem penghadaman.
  • Sumber protein yang bagus untuk tenaga segera.
2. Misi 'Mencari' Laban Semasa Umrah
Bila rezeki panggil ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah, antara perkara pertama yang masuk dalam list (selain ibadah utama) adalah mencari peti sejuk di pasar raya berdekatan. Melihat deretan botol minuman Nadec atau Almarai di rak kedai di Mekah atau Madinah rasa macam jumpa kawan lama! Harganya yang berpatutan dan kualiti yang sentiasa terjaga buatkan setiap tegukan tu rasa penuh dengan nostalgia.
Bagi saya, Laban Strawberry bukan sekadar minuman, tapi ia membawa seribu satu kenangan manis di Doha. Syukur sangat perjalanan Umrah kali ini bukan sahaja mengenyangkan jiwa dengan ibadah, tapi juga mengubat rindu pada rasa yang satu ini. 
Semasa Pergi haji pada tahun 2018 dulu pun saya beli minuman ni setiap hari tau, nampak tak betapa ia menjadi peneman hidup saya? hehe

Post a Comment

0 Comments