Jantung Pisang: Ada Idea Masakan Selain Ulam?



 Jantung pisang biasanya direbus dan dimakan sebagai ulam. Ringkas dan sedap, memang kegemaran ramai. Tapi sebenarnya, jantung pisang boleh dimasak dengan pelbagai cara lain yang tak kurang enaknya. Sayur ni serba guna dan sesuai dimasak ikut selera masing-masing.


Selain dijadikan ulam, jantung pisang sering dimasak dalam masakan tradisional. Antara yang biasa orang buat ialah masak lemak, sama ada dengan santan kosong atau dicampur ikan masin dan udang. Rasa lemak santan memang serasi dengan tekstur jantung pisang yang lembut. Masak lemak cili api pun sedap

Ada juga yang tumis jantung pisang bersama bawang, cili dan ikan bilis. Masakan ringkas macam ni sesuai untuk lauk harian. Di sesetengah tempat, jantung pisang dimasak asam pedas atau gulai, terutama bila digabungkan dengan ikan atau daging.

Selain itu, jantung pisang juga boleh dijadikan kerabu, digaul dengan kelapa parut, cili dan perahan limau. Rasanya segar dan menyelerakan. Ada juga yang kreatif buat rendang jantung pisang, sesuai untuk hidangan istimewa atau kenduri kecil-kecilan.

Yang penting, sebelum dimasak, jantung pisang perlu direndam dan direbus terlebih dahulu untuk hilangkan getah dan rasa pahit.

Jantung pisang sebenarnya sayur yang versatil dan boleh dimasak dalam pelbagai cara, bukan sekadar ulam. Dengan sedikit kreativiti, sayur kampung ni boleh jadi lauk yang sedap dan menyelerakan. Tak rugi tanam pokok pisang, buahnya boleh makan, jantung pun boleh bermanfaat, sebab banyak pilihan masakan boleh dicuba.

Post a Comment

0 Comments