Hai semua saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya sebagai pesakit autoimun. Doktor maklumkan saya kekurangan vitamin D sejak tahun 2022 lagi— satu vitamin penting yang ramai tak sedar fungsinya, terutamanya untuk pesakit autoimun. Dari dos sebiji sehari doktor dah naikkan kepada 2 biji sehari tapi bacaan saya masih tak okey
1️⃣ Fungsi Vitamin D Untuk Imun Tubuh
Vitamin D bukan sahaja penting untuk tulang, malah ia booster sistem imun.
-
Ia bantu mengawal tindak balas imun supaya tubuh tidak menyerang sendiri (autoimun).
-
Ia juga meningkatkan pertahanan terhadap jangkitan, menjadikan tubuh lebih kuat menghadapi penyakit.Bagi pesakit autoimun, kekurangan vitamin D boleh membuat sistem imun lebih tidak stabil.
2️⃣ Makanan Yang Tinggi Vitamin D
Selain dari supplemen, kita boleh ambil dari sumber semula jadi:
-
Ikan berlemak seperti salmon, tuna, sardin 🐟
-
Telur (terutamanya kuning telur)
-
Produk tenusu yang diperkaya vitamin D 🥛
-
Cendawan yang terdedah matahari
Selain makanan, pendedahan cahaya matahari pagi selama 10–15 minit juga membantu tubuh hasilkan vitamin D sendiri. Jika saya malas nak briskwalk saya perlu sidai kain sambil layan lagu di bawah sinaran mentari kemudian sambung belek tanaman tepi dan belakang rumah sambil senyum manis pada sang mentari. Okey kan cara ni?
Saya harap perkongsian ini membantu awak yang juga ada masalah autoimun atau kekurangan vitamin D. Jangan lupa, selalu check tahap vitamin D dengan doktor sebelum mula supplemen.
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.