Kisah Khamis lepas, awalnya appointment saya dengan dua doktor pakar di Hospital adalah pada hari Jumaat, pukul 2 petang dan satu doktor lagi pada pukul 5 petang. Tetapi Rabu tu dapat panggilan telefon mengatakan doktor Pakar O&G ada urusan pada hari Jumaat dan mereka nak percepatkan temujanji pada Khamis.
Saya try adjust appointment dengan pakar satu lagi adakah boleh tukar bawa kepada hari Khamis juga malangnya tak boleh. Maka terpaksalah datang ke hospital Khamis dan Jumaat.
Badan saya ni, kalau urusan petang pasti saya susah sikit nak hadap sebab dah habis tenaga di pagi hari. Lemau sungguh la jawabnya.
selepas timbang dan catat berat badan terus la tunggu doktor.
intai kawan, dia jenguk patient pula di wad, maka buah tangan untuk dia saya gantung di luar biliknya saja. Takda kawan borak, kawan busy.haha
Bosan menanti doktor. Sempat la snap gambar untuk post di sini, hehe.
Mujur selepas jumpa doktor kawan saya pun siap kerja. Dapat borak sekejap sebelum cucuk vaksin dan balik. Bila Appointment petang memang pukul 7 lebih la baru sampai rumah. Dengan hujan dari Kajang sampai la ke SK, jammed time orang balik kerja dan balik sekolah. Berhuhu je la jawabnya.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
1 Comments
semoga yang baik- baik aje untuk LM ye..SA x pernah appointment petang...pagi je selalunya..ni nanti appointment bulan puasa
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.