Menu Berbuka Puasa - Hari Ke 3


Assalamualaikum. Harini hari terakhir kami di bumi Mekah(20 Febuari 2026). Kenapa MEnu berbuka hari ke 3? sebab Arab Saudi mula puasa pada hari Rabu. Kami puasa lebih sehari la kot, hehe. Flight dari Jeddah ke Istanbul pukul 8 malam . Maka kami check in, terus beli makanan segera(read: fast food) dan terus boarding sambil berbuka puasa ringkas dan solat maghrib. Menu di atas ni hidangan dalam flight menuju ke Istanbul. Kiranya ni hidangan buka puasa la , makan kat airport tu ringan ringan.

Oh ye kami 8 beranak transit Istanbul, sebab tu sebelum ke Madinah ronda Istanbul dan Balik dari Jeddah pun ke Istanbul juga. Seorang dapat 46kg luggage, hehe berbaloi sangat.(tapi tak habis guna pun, kami kan ramai ber 8)


Oleh kerana semasa perjalanan datang kami dah ronda Istanbul, maka waktu balik kami cuma transit sejam lebih saja di Istanbul . Turun kapal terbang yang ni, terus masuk yang satu lagi. Kira camtu lah. Tapi sempat juga la saya salin pakaian terburu-buru hehe.


Yang ni pula makanan dari  Istanbul ke Malaysia. Di Hidang jam 3 pagi maka saya anggap ia adalah sahur kami. Meal sebelum landing tu kami tak makan dah la sebab berpuasa. Saya bungkus bawa balik konon nak makan masa berbuka puasa di Tanah Air tapi tak makan pun .

Post a Comment

0 Comments