Assalamualaikum.
Alhamdulillah harini hari ke Dua Ramadan kami di Mekah(19Feb 2026). Seperti semalam,harini kami berlapan berkumpul berbuka bersama. Selepas berbuka dan solat baru ke masjid terus sampai Terawikh.
Menu 2 Ramadan beli Dari Restoran sama seperti semalam dari Restoran Malaysia D'Saji di Safwa Tower . Zaman kami pergi haji 2018 dulu lauk harga SAR15 sekarang dah 2026 . Harga dah naik SAR25. Jangan buat buat terkejut Lydia!(Haha)
Menu harini:
Nasi putih-nasi SAR8
Padprik daging
Ayam goreng kunyit
Kari kambing
Pizza(permintaan si bongsu).
Air zamzam je harini. Taubat nasuha nampaknya sebab semalam dah minum air kinza(air gas),air tebu,jus Oren dan jus mangga(hahahha)
Haritu saya makan bubur sumsum dia pun sedap sangat, elok cukup lemak masinnya. Berbaloi setiap suapan.
Korang berbuka apa harini?mesti meriah kan berbuka puasa hari pertama. Nak nak bagi yang balik berbuka bersama keluarga tersayang. Pasti lebih terasa nikmat setiap suapan tu berbanding kami yang jauh di perantauan ni.(ecehh ayat sedih la kunun.)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.