2 Syawal


Assalamualaikum. Salam 2 syawal buat semua. Alhamdulillah, rutin setiap tahun bila raya kedua memang akan ke Melaka di Sungai Rambai menziarahi ibu angkat saya zaman sekolah dulu . Semasa form 4 ada program anak angkat polis di Kem Bakri Muar, kami wakil 8 orang dari Segamat join program ni di Muart. semasa program ni lah dapat kenal ibu sekeluarga. Asalnya keluarga angkat saya adalah jiran depan rumah ibu. Mereka berada di Langkawi sekarang ni. Tapi kebetulan mak angkat saya pulang ke kampung masa tu maka ayah angkat tumpangkan saya sekejap di rumah ibu sementara mak balik ke kem. Alhamdulillah satu program saya dapat 2 family angkat. hehe.

Sejak usia 16 tahun sampailah sekarang memang kami jaga ukhwah ni sebaik mungkin agar tidak terputus hubungan. Kasih sayang ibu dan family langkawi memang ikhlas terasa seperti keluarga sendiri. Doakan ibu angkat saya sihat selalu ye, tahun ni dah masuk 75 tahun usianya, tapi masih tangkas lagi drive ke sana sini dan masak pelbagai masakan. Kadang tu bila dengar je kami nak datang dia laju laju masakwalau ditegah tetap nak menjamu kami dengan air tangannya. Moga Allah beri kesihatan yang baik buat ibu agar dapat saya menumpang kasih sayangnya lebih lama lagi, huhu(sebak pula saat menaip ni). 

Lepas beraya di Sungai Rambai terus ke Selandar ziarah nenek angkat dan kemudian ke rumah mak angkat big boss pula di Gemas. Balik dari Gemas konon nak beramas mesra dengan ipar duai di Jempol tapi jem teruk di pasir besar laluan nak ke Palong tu maka kami patah balik Segamat sebab tak larat nak mengadap jem. 

Sampai rumah dah malam, terus siapkan makan malam dan berehat je  

Post a Comment

0 Comments