Assalamualaikum. Hurm lama saya menyepi kan? Salam Ramadan Ke-? Entah la awak, lost teruk saya ni.huhu
Sejak Rabu lepas sayang demam teruk. Sekejap okey sekejap tidak. Oleh kerana Khamis tu Tak ada selera makan, saya telan kurma selit badam sebiji sahur tu dan saya berpuasa. Rupanya keadaan makin buruk . Jumaat dan Sabtu saya nak baik dengan cepat. Saya makan ubat ikut waktu tapi Tak baik juga.Tak sampai 8 jam lepas makan ubat dah demam semula berpeluh teruk tapi makin lemah, berdiri je nak pitam.
Saya tak mau warded bulan puasa. Kesian family. Kesian si kecil, saya pun malas nak duduk wad(Pesakit autoimmune memang dah muka duduk wad)maka saya buat buat kuat. Tapi, Ahad tu sayang tak mampu bangun untuk berbuka puasa ke dapur. Hanya jamah makanan yang dihantar ke bilik.
Time sahur hari Isnin(Semalam) saya makin teruk. Tak boleh bangun langsung. Teruslah serah diri ke hospital.
Ni sebelum masuk wad. Kena drip 3 botol dalam masa 3 jam. Saluran darah saya dah kering kata doktor.
Petang semalam result ujian darah dah keluar. Jangkitan kuman sangat tinggi 185 kata doktor. Sepatutnya kurang dari 4.9
Harini saya dah boleh berdiri walau ada sikit pening. Boleh urus diri ke tandas pun dah syukur alhamdulillah.
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.