Kari Ikan Bawal


Assalamualaikum. apa menu berbuka harini? Oleh kerana sejak awal pagi saya dah bertapa ambil darah di hospital dan jumpa doktor pula pada pukul 11 pagi, maka balik tu memang terus flat. Lemah longlai rasa badan. Takda idea nak masak apa untuk berbuka, maka saya masak saja nasi lawankan dengan kari ikan bawal putih yang beli tempoh hari(bawal putih ke bawal emas saya pun tak kenal, haha)

Alhamdulillah kari dah hampir siap, tinggal masukkan bendi saja . Air cuma buat sirap selasih dengan harapan dapatlah menyejukkan badan. Ada tempoyak daun kayu big boss buat malam tadi, boleh buat tambah -tambah lauk. 

Post a Comment

0 Comments