Assalamualaikum. Malam pertama di wad saya menangis sebab tak tahan tangan yang masuk jarum ni terasa sakit mencucuk dan terasa macam terbakar . Sekejap bisa berdenyut, sekejap rasa mencucuk pedih. Sebelum ni pernah rasa sakit sebab antibiotic. Rasa pedih dia tu lain. Tapi yang ni memang jadi gelisah mencucuk rasa macam kulit tangan tu macam tersiat.
Sekejap paling ke kanan, sekejap duduk. Jam dah 12 lebih masa tu. Ambil tangan letak atas bantal pun masih terasa sakit. Ampu lengan guna tangan kiri pun tetap sakit, Last -last saya tekan bell panggil nurse.
Saya syak mungkin line ni dah bengkak sebab tu sakit.Bila mengadu sakit nurse kata ooo sebab air yang drip malam ni ada garam. bukan yang drip sebelum ni. Sebab tu sakit. Takpe, dia slowkan air . Jangan cabut jarum dulu sebab dia tengok elok tak bengkak.
inilah botol keriangan tu. Eh gurau!
Alhamdulillah selepas perlahankan air, saya boleh tidur tanpa terasa sakit.
Sejak semalam sampai harini drip air biasa je kalau tak silap. Takda dah rasa sakit pedih macam tu lagi.
Ujian Ramadan kali ni, Sakitnya sampai menitis air mata. Moga Allah kuatkan hati saya lalui semua dugaan dengan kemampuan yang diri saya mampu hadapi, aamin.
Bacaan darah semakin baik, harap Jumaat atau Sabtu dah boleh balik.
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.