Ayam Goreng Ala Mekdi


 Assalamualaikum. Buntu nak masak apa, dah habis raya ni biasanya tekak cuma mahu menu ringkas saja. Maka, salah satu pilihan menu ringkas yang saya suka buat adalah ayam goreng celup tepung ala  mekdi(restoran fast food M tu). Dulu- dulu kalau nak makan ayam goreng fast food memang saya akan cari dari restoran M ni sebab ayam goreng dia lebih pedas, rangup dan kena dengan citarasa. 

Saya guna tepung segera brand Bon Chef yang hot and spicy. Bagi yang tak tahan pedas boleh guna original atau kalau nak pedas manja boleh tambah sikit tepung jagung dan sedikit tepung gandum dalam adunan tu. 

Celup tepung dalam air dan masukkan ayam ke dalam tepung ayam goreng. Kemudian masukkan semula dalam air dan salut lagi dengan tepung baru di goreng. Biasanya saya buat dua kali salut tepung agar tebal tepung tu. Jika ada masa dan rajin saya akan ambil 2-3 sudu tepung tu dan bancuh dengan air kemudian perap sekejap ayam agar lebih terasa ramuan rempahnya . Kemudian baru salut dengan tepung kering. Kalau tak sempat saya terus goreng tak perap pun. 

Dah ada ayam goreng, regukan saja dengan sayur petola masak lemak putih atau sayur kobis masak lemak, atau sup sayur carrot dengan kobis bunga campur sikit soon pun sedap dah tu. Menu simple ni mudah nak masak dan  kadang membuka selera bila tekak rasa tak tau nak makan apa.

Post a Comment

0 Comments