Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2025 Parlimen Jelebu-Satu Pengalaman, Penghargaan dan Rezeki Buat Kami.




Kisah Sabtu lepas. Alhamdulillah kami mendapat jemputan menghadiri majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2025 Parlimen Jelebu. YB Datuk Seri Jalaluddin berbesar hati menghadiahkan anak-anak Jelebu yang dapat straight A dalam SPM yang lepas sejumlah wang bernilai seribu ringgit dan sebuah laptop sebagai persediaan anak-anak untuk menyambung pelajaran. 

Semasa majlis Khatam Quran Perdana meraikan anak-anak Tahfiz ni khatam tahun lepas memang YB dah suarakan niat hati dia untuk bagi galakan anak-anak ni dapat straight A dalam SPM. Tak sangka anaknda Marsya dapat rezeki ni walau perjuangan dari awal sedikit berliku dan perit , kami sendiri tak sangka dia berjaya mendapat result 11 A ni dalam SPM. 

Terima kasih kepada YB Datuk Seri Jalaluddin atas sumbangan, semoga terus sihat , murah rezeki dan berkhidmat dengan jayanya buat warga Jelebu. Terima kasih Juga buat timbalan Perdana Menteri kerana sudi hadir ke majlis tersebut, macam mimpi bila berada di sana tempoh hari. 

Terima kasih buat semua kalian yang membaca di sini yang turut sama mendoakan kejayaan anaknda marsya selama ini. Semoga anak-anak kalian juga berjaya dunia akhirat dalam apa jua bidang yang diceburi. 

Post a Comment

9 Comments

  1. congrats to ur daughter! moga terus fly high lps ni..aamiin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Tahniah lydia dan anaknda yang berjaya. Semuga cemerlang di masa hadapan . Masih jauh lagi perjalanan. Semuga di permudahkan

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...tahniah anakanda

    ReplyDelete
  4. Syukur alhamdulillah..tahniah sekali lagi..

    ReplyDelete
  5. hebatnya 11A. tahniah semoga terus berjaya di masa akan datang.

    ReplyDelete
  6. Tahniah yaaa mbak Lydia. Turut senang membacanya.
    Moga selalu sehat dan berkah dalam setiap langkah yaaa

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tahniah anakanda & LM sekeluarga. Hebat anaknya straight A 👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  8. Congrats kak. 🎉🎉🎉 Bagusnya, sampai dikasih hadiah per anak, besar juga tuh 👍👍👍. Semoga menambah semangat anak2 untuk giat belajar yaa

    ReplyDelete
  9. Datang singah lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.