Selamat Pagi Semua. Salam Ahad. Dah sarapan ke tu? Saya masih buat kira-kira nak makan apa untuk sarapan nanti. Belek galeri ternampak nasi goreng yang saya masak guna cili dan kangkung hasil tanaman tepi rumah. Adakah menu nasi goreng lagi harini? saya ni kalau nasi goreng panas-panas dan pedas takda hal. Makan tiap hari pun tak mengapa.
Apa yang saya perasan, nasi goreng yang kita buat portion sepinggan lebih sedap berbanding kalau buat seperiuk nasi. Kenapa ye? eh terpuji masakan sendiri la pula. ehehehe.
Nasi goreng simple ni saya cuma guna
semangkuk nasi sejuk(lebihan nasi semalam yang saya simpan di dalam peti sejuk)
-2 biji bawang merah(kecil)
-1 ulas bawang putih
-1 biji cili merah
-2 biji cili api
-1 sudu besar ikan bilis
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit perencah cukup rasa.
sebiji telur
semua bahan ni saya kisar kasar/ boleh je tumbuk atau chopper jika rajin. Saya ni malas nak tumbuk guna lesung batu. Tumis bahan kisar tu sampai garing, masukkan telur. goreng sampai garing baru masukkan nasi. Dah rata baru masukkan kangkung.
Ni versi simple . Kalau suka ada ayam udang boleh tambah. Saya cuma makan dengan bilis goreng. Timun pun lupa potong sebab dah tak sabar nak makan masa tu. hehe
Bagi idea please, tak tau ni nak sarapan apa harini. korang sarapan apa tu? Beli je nasi lemak tepi jalan aci tak? nak keluar membeli malas, nak masak pun malas. aduiii
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.