Assalamualaikum. Salam Sabtu semua. Santai-santai saja pagi ni tak buat apa, cuma membelek pokok bunga dan tanaman tepi rumah saja sambil menjamu mata dengan orkid putih pemberian ipar pada minggu lepas.
Cantik kan? sebenarnya awal tu dia nak bagi pokok cili putih yang orang Borneo suka makan tu, tapi ada daun jari, limau purut semua tu terus kami adik beradik rambang mata memilih. Bila nak balik tu dia bagi bunga satu jenis pada kami dan eh tetiba dia ambil pokok orkid, dia kata ada orkid ni tapi takmau berbunga sambil dia ambik pokok yang tersangkut tepi pagar.
Bila dia angkat eh tu berbunga la! terus saya teruja macam budak dapat gula-gula. Alhamdulillah rezeki. Saya tak ada lagi bunga orkid putih yang ni. Ipar tanam tepi office dia buat jamu mata sebelum balik ke rumah.Banyak la ulam-ulaman dan pelbagai tanaman dia tanam .
Kami 3 beradik angkut cili dia dengan pasu-pasu sekali, haha. macam baru pulang dari nursery gayanya. Rugi tuan rumah bila ipar duai datang beraya camni(eh gurau/ bercanda . dia yang suruh singgah kebun dia sebab nak bagi kami pokok pokok tu.hehe)
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.