Salam Sabtu penuh ceria buat semua. Apa plan harini? ada jemputan makan-makan terlajak Raya ke? hehe. Alhamdulillah cuaca cantik cerah harini.Walau badan terasa sangat tak sihat saya menceriakan hati mengintai tanaman tepi rumah kot ada yang sesuai dipetik.
Alhamdulillah nampak ada beberapa biji cili merah dah masak ranum. Saya terus petik. Ada cili api putih yang ipar bagi tempoh hari dah mula masak pun saya petik juga. Kangkung tu saya tanam melalui akar yang kangkung dibeli dari kedai. Akar tu saya campak ke pasu kosong maka dia pun berdikari tumbuh subur dah berkali kali saya petik . Akibat lama sangat tak petik nampaknya dia mula meliar nak beraya ke sana sini masuk pasu jirannya. Maka saya petik la mana yang agak meliar tu untuk dibuat pelengkap nasi goreng kampung , hehe.
Jemu asik makan kuetiaw, mee , macaroni bagai. Kebetulan ada kangkung dan cili ni sesuai sangatlah kalau saya olah jadi sepinggan nasi goreng kampung pedas pedas buat alas perut comel ni.
Korang suka nasi goreng tak?
Tanam serba sedikit tepi rumah sebenarnya agak berbaloi. Nak guna daun pandan tak usah kalut, petik saja tepi rumah. Selain sesuai diguna dalam bahan membuat kuih, saya suka ambik sehelai dua daun pandan, kemudian rendam dalam air panas dan boleh terus minum atau campur sedikit lemon buat penambah rasa. Selain rasanya segar ia bagus untuk elak dari peluh kita berbau kurang enak.
Kunyit hidup jika terbeli lebih saya campak ke dalam pasu. nak pakai korek semula. Tidak la dia kering atau membusuk di rumah. Lagi bagus jika dia bercambah dan membesar. Dapat guna daunnya sekali untuk masak lemak sayur labu penambah bau dalam masakan selain daunnya boleh diguna untuk masakan rendang. Nak bakar ikan pun elok juga kita bungkus dengan daun kunyit untuk bau yang lebih harum.
Biji cili selepas memasak memang saya campak ke pasu kosong. Ada mood , saya akan pindahkan ke pasu lain anak pokok yang bercambah tu agar ia membesar dan berbuah . Selain hobi dapat la jimatkan kos perbelajaan walau berapa sangat la kos setakat harga cili kan? Ia lebih kepada hobi, terapi minda dan juga menjimatkan masa tak perlu berkejar ke kedai demi membeli bahan yang tersedia ada di tepi ruman. Alhamdulillah.
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.