Roti sardin adalah salah satu menu mudah dibuat dan sedap. Kalau ada tetamu yang tiba-tiba nak datang memang inilah salah satu menu saya buat sebab tak memerlukan masa lama nak membuatnya.
Saya akan tumis sardin dengan hirisan bawang, garlic dan sedikit cili hiris. Campur sedikit jus limau nipis atau asam jawa agar dapat potong rasa hanyir sardin. Perisakan dengan garam ,Hancurkan isi sardin agar mudah nak letak dalam roti.
Roti tu saya gelek dengan kayu roll agar leper. Letak isi sardin anggaran 1/3 bahagian roti dan gulung kemas. Celup dengan telur yang dipukul bersama sedikit garam. Goreng sampai warna keemasan.
Pastikan gulung rapat agar roti tidak serap minyak semasa kita goreng. Roti akan kembang bila kita goreng. Jangan takut nak leperkan semasa isi sardin.
Hidang dengan kopi o, perghh mantap!

0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.