Usah Dibuang Comforter Lama



Kisah Decclutter yang tidak berkesudahan sebab saya buat sedikit demi sedikit ikut kemampuan diri terhenti dengan projek yang satu ni pula. Ini gambar comforter yang telah siap saya jahit cover bahagian atas tu kain corak bunga dan bahagian bawah tu berwarna pink pekat. 


Marsya tunjuk comforter lama yang dia suka guna. Dah koyak dan dah nipis kerana terlalu lama guna seingat saya, beli pun di pasar tani tempat bundle untuk kegunaan tetamu yang sesekali bertandang bertahun dulu. Tapi oleh kerana materialnya best pakai marsya jadi sayang nak buang walau selayaknya kalau dah keadaan sebegini lusuh dan koyak elok dibuang saja dari menyakitkan mata . 

Oleh kerana dirumah ni ada cadar cotton berenda yang hero kecil tu tak mahu guna maka saya gunting ropolnya jadikan cover baru untuk comforter ni. Si anak dara dah guna katil besar, maka cadar single yang sesuai diguna oleh gegirl semestinya terpinggir sepi tidak diguna lagi . Bahagian bawah pun saya guna cadar single anak anak gadis yang mereka tak guna lagi. 

Baru jahit dua penjuru eh dugaan mendatang. Jarum  mesin jahitku patah! Lebih malang saya tak ada jarum spare sebab jarum yang ada pun hasil dari rembat beberapa batang jarum mesin mak beberapa tahun lalu. Di sini saya tak tahu nak cari kedai alat menjahit di mana. huhu. 

"Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap sepatah (salah),
Jangan disimpan di dalam hati."
Maksud/Makna:
Pantun ini membawa maksud nasihat agar kita tidak menyimpan dendam, rasa marah, atau membesar-besarkan kesalahan kecil orang lain. Kita digalakkan untuk memaafkan dan melupakan kesilapan (silap sepatah) agar hubungan kembali harmoni.

Eh berpantun la pula kita. Disebabkan saya tak mau kerja tergendala, saya sambung menjahit pakai tangan saja. Gigih kan? jarum order shopee 2-3 hari juga nak sampai. Leceh la nak tunggu. Saya bukan orang yang suka biar kerja tergendala. Gigih saya menyembat jahit tepi comforter tu sampai selesai. Yeayy siap!
Bila letak kain lain atas dan bawah, jadi tebal dah comforter ni semula. Tidur dalam aircond suhu 21 degree dengan hujan ribut sepanjang malam pun tak jadi masalah. Lena diulit mimpi tanpa menggigil kesejukan semestinya. haha
Nanti bila jarum mesin yang saya beli tu sampai, saya jahit semula guna mesin. Apa pun projek selesai dengan satu perasaan yang tidak mampu digambar dengan kata-kata. Ada 4-5 helai comforter lusuh yang nak dibuang mungkin saya tak jadi buang jika berjaya beli kain cotton yang menepati piawaian kot? 
Sebelum raya saya dah buang 3-4 helai comforter  saiz besar. Eh sayang la pula. huhu


Post a Comment

0 Comments