Bila buka draft terlihat gambar ni baru teringat rupanya saya tak post entri ni. Nak delete sayang pula, maka saya tepek sini buat kenangan. Kasih sayang keluarga tiada tolok bandingnya, tiada galang ganti juga walau selalu kita berselisih pendapat tetap kasih sayang mekar di hati. Eh tapi saya tak pernah selisih pendapat ngan ipar . Selisih bahu je.hahaha.
Kisahnya tempoh hari pulang kampung saya, bila call kampung negeri sembilan ipar tiada di rumah kerana bawa anaknya lawan main badminton tapi ada je kak ipar sorang lagi di rumah dengan yang lainnya.
Singgah tau! ada banyak buah tu pesan adik ipar. Okey beres....rezeki jangan ditolak.
Ada dibekalkan manggis . Eh ke saya yang ambik sendiri . Saya ni malas nak bungkus
kakpah bagi cempedak juga dan pisang.Abang ipar sorang lagi pun ada bagi cempedak lupa mana saya selit gambarnya.
Adik ipar ada masakkan gulai pisang muda kebetulan ada order catering . Puas hati dapat makan sebab lama tak makan gulai pisang muda. Pisang yang bawa balik ni saya buat gulai juga sebab macam tak puas melepas rindu pada juadah menu kampung ni.
petik lemon dan angkut berkilo kilo tempoyak. terima kasih kakpah dan abang roy .
Rezeki kalau balik kampung begini lah. Abang Roy(gelaran suami kepada kak ipar) memang rajin bercucuk tanam. Ada je buah buah yang kami angkut bawa balik jika pulang ke kampung. Ini pun ambil sikit sebab segan(saya ni pemalu). Orang bungkuskan kita angkut. Kalau tidak segan juga nak ambil. hehe.
Jumpa raya haji nanti insyaAllah. Kami adik beradik dah plan nak Qorban bersama sama. Last year kami buat 2 ekor lembu. Meriah pula bila join.sebelum ni pun mereka buat tapi kami tak join sebab dah join program qorban di masjid. Sekarang ni buat sendiri je dengan adik beradik mudah kerja alang-alang memang pulang balik beraya.
.jpg)
%20(1).jpg)
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.