Cuba Buat Yang Terbaik. Tak Perlu Jadi Sempurna


Salam Selasa. Apa khabar semua? Dah sarapan ke tu. Alhamdulillah pagi ni saya buat nasi goreng simple saja untuk sarapan. Tambah telur mata dan keropok keping dah cukup sedap. Dari malam duk fikir nak masak apa. Dengan diri tak sihat memang buntu juga tak tau nak masak apa . Bangun pagi tadi terus terfikir nak goreng nasi saja bila terpandang ada lebihan nasi semalam yang tersimpan rapi dalam peti sejuk. Kadang tu dengan kesihatan diri yang tidak menentu(saya pesakit autoimmune kerap alami demam dan sakit badan) memang akan ada rasa down juga. Terasa diri tidak sempurna seperti orang lain. Tapi bila fikir balik, alhamdulillah keluarga terima saya seadanya. Saya cuba buat yang terbaik dalam hidup saya untuk lakukan aktiviti harian tapi jika saya tak sihat memang saya tak buat apa pun. Cuma berehat. Tak perlu jadi sempurna di mata orang kerana tiada siapa yang fahami keadaan kesihatan kita selain diri kita sendiri.

Kami juga kerap alami brain fog. Kalau nak kawan dengan saya kena banyak sabar. Awak boleh sabar ke bila bercakap tapi nampak saya blur. Bila awak bercerita saya tak dapat faham dengan betul. Bila mengimbas kenangan saya lupa tentang kisah tu. Bila nak semak apa apa saya tak boleh ingat. Bila suruh buat sesuatu saya stuck tak tau nak mula dari mana.Boleh hadap dengan kelemahan begini? kalau tahan sabar dan terima saya seadanya jom la kita berkawan, jika tidak, saya sanggup menyendiri tanpa teman berbual dari mengadap kemarahan orang atas kelemahan saya. 

Terasa diri sangat bodoh dan hina di mata orang jika tiba-tiba ditanya 

"Otak letak kat mana?"

"Tak paham-paham ke?"

Pelbagai ayat yang menghiris hati kadang tu lebih sakit dari sakit yang kami tanggung sebab tu saya lebih suka berkawan dengan korang di laman blog ni saja selain hanya habiskan masa dengan family dari meluaskan pergaulan dan berdepan dengan manusia sempurna, mulia dan merasa hebat yang tak boleh terima kekurangan diri kami ni. 



Post a Comment

0 Comments