Salam Jumaat buat semua. Kek batik marie atau kek batik jawa ni adalah kegemaran saya sejak dari zaman persekolahan lagi.Dulu semasa di sekolah rendah selalu beli di kantin sekolah dengan harga 40 sen sepotong. Ini adalah kek mudah dan simple yang saya kerap buat sebab selain saya, kesayangan hati pun suka sangat dengan kek ni. Kali ni saya buat juga bentuk bulat. Teringin nak try buat bentuk bulat sejak lalu lalang video membuat kek ni versi bulat. 

Nampak cantik juga bentuk begini, kadang tu jemu juga asik buat potong kiub yang kadang kala potongan tak sama besar senget benget tu. hehe

Ada yang suka kek ni juga? angkat tangan!