Cara Pilih Cili Kering Tak Pedas di Pasar


Dulu masa si kakak dan adik Ad kecil, mereka sering makan sup sup je sebab tak boleh makan menu dewasa. Tapi sejak berkenalan dengan cili kering gemok tak pedas ni saya dah tak masak banyak jenis lauk. Kalau buat menu bersambal pasti mesra di lidah anak kecil sebab masakan saya tak pedas melahar. Setakat pedas manja je sebab saya kisar cili gemok tak pedas ni dengan cili kering jenis kurang pedas. 

Haritu terjumpa cili kering saiz panjang dan gemok. Tak pernah beli jenis yang ni, ingatkan pedas la juga rasa dia tapi setaraf dengan gemok pendek ni rupanya. Memang kena campur dengan cili kering kurang pedas untuk hasil masakan pedas manja. 

Ada orang kata cili jenis ni tak sedap maung rasa dia. Pada saya okey je. Kena gunting, buang biji dan rebus sebelum dikisar halus. Tumis cukup minyak dan bawang sampai cili masak elok insyaAllah sedap hasilnya.

Post a Comment

0 Comments