Salam Isnin semua. Semoga sihat selalu, dikelilingi insan yang baik dan membahagiakan hati serta berada dalam Rahmat kasih sayang Allah sentiasa. Alhamdulillah pagi ni cuaca cerah, seceria hati saya, hehe. Perjalanan hari ini berjalan dengan baik. Bangun awal masak kuetiaw goreng untuk sarapan dan bekal dan sekarang ni busy menyusun stok sabun Do'zee yang baru dibeli agar tidak terputus stok sabun untuk kegunaan harian.
Kadang tu busy dengan kehidupan sampai terlupa nak order sabun dan kena tunggu stok sampai baru dapat beli. Sementara nak tunggu stok tiba terpaksa beli sabun di kedai runcit dulu. Bertahun pakai sabun ni memang saya tak beli pewangi pakaian dah sebab sabun ni dah cukup wangi bau dia. Kalau hidung ngam dengan warna merah bertahun guna warna merah. Tup tup tersuka hijau memang tak mau tukar warna lain berbulan bulan. Ni sedang in love dengan warna kuning. Layan.....
Korang suka sabun brand apa. Kadang tu kalau
wangi sangat rasa pening juga. Saya ni tak boleh bau wangi sangat mudah pening kepala, perfume pun cuma guna bau buah je sebab tak tahan bau wangi yang mencucuk hidung.
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.