Tak Selera Nak Makan Bila Di Wad- Bukan Memilih Tapi...


Alhamdulillah ni menu harini di wad. Biasanya ada 3 pilihan, maka kalau sarapan saya pilih nasi lemak. Makan lewat dah tengah hari selepas selesai buat CT Scan tu. Ada pilihan apa ntah lagi untuk lunch, tapi yang terbaik konon sesuai tekak saya pilih menu daging. Tapi entah kenapa mampu telan dua sudu saja. Minum petang saya pilih bubur jagung. Alhamdulillah berjaya makan, sebab lapar kot padahal nasi lunch tu ada je. Tak makan pun .huhu


Makan malam saya asam pedas ikan siakap. Sebab pilihan lain ada salmon grill. Saya tak makan salmon memang tak suka sejak dulu. Bila makanan sampai mata mula terkebil-kebil rasa pelik. eh aku pilih ikan asam pedas ke? Cuba makan sesuap dua memang tak mampu telan. Bukan tak sedap tapi memang takda selera. Menung dari petang sampai ke maghrib akhirnya pujuk hati jamu mata tengok makanan kat online. Akhirnya hampir pukul 8 order pizza. Ada promosi dan voucher dapat rm14 pizza regular. Okey la kot. 


Sampai ke pagi makan pizza. jenuh nak habiskan 6 keping. haha. Bila tak sihat, lain macam perangai tekak ni. 
Ramai orang selalu up status kata kenapa tak makan makanan hospital. Bukan isu sedap ke tak sedap, tapi tekak orang tak sihat ni kadang meragam sikit


Post a Comment

2 Comments

  1. Allahuakbar. Masuk wad kenapa. Semuga cepat sembuh ya. Dulu-dulu makanan kat hospital memang takde selera nak makan. Tapi sekarang rasanya dah diperbaiki kualiti makanan tersebut.

    ReplyDelete
  2. Patut la LM senyap lama..masuk ward rupanya..Semoga dipermudahkan urusan kesembuhan LM ye...alas perut sikit tau...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.