Berehatlah Cici-Moga Kita Bertemu Di Sana

Anak bulus saya Si Cici ni lahir tahun 2021. Baik, tak banyak kerenah dan sangat mudah menjaga dia. KEjadian 14 Julai cuma, saat  ini baru mampu menaip kisah ini di sini walau berjujuran air mata saat maniap posting ni. Berbeza dengan yang lain, dia ni tak mau tinggal dalam sangkar. Protes tak mau makan minum hanya tidur dalam pasir tu je. Daripada melepak dalam tandas tu, baik ommi lepaskan je dia . Dia tak merayau jauh, sentiasa ada di kaki saat menyidai kain, ada ke hulu ke hilir saat ommi siram pokok cili. 

14 Julai , jam 3.30 pagi terdengar suara anjing yang sangat kuat di depan rumah. Oleh kerana bunyi tu sedikit aneh, kami meluru keluar rumah dan mendapati beberapa ekor anjing liar sedang membunuh cici. Mereka gihit dan tarik cici umpama sedang mengoyakkan kain perca. Terpaksa melibas dengan kayu halau mereka dulu baru mereka mahu melepaskan cici.  Tubuh cici terlentok lemah. nafas laju dan tercungap cungap. Allah!! melihat keadaannya, dah terdetik hati Cici akan pergi meninggalkan kami


Maafkan salah silap ommi sepanjang jaga cici, apa apa yang terkurang maafkan ommi

Setiap malam selepas maghrib  Cici memang akan lepak tepi dapur area sangkar kucing yang lain. Kadang tu pukul 8 pagi pun dia masih baring baring belum keluar berjalan. Entah mengapa dia ada luar pagar rumah saat kejadian. 




Nanti saya sambung cerita lagi ye andai kekuatan tu hadir . Maaf tak mampu menaip. Air mata tak mau berhenti sepanjang menaip kisah ni. 

Post a Comment

0 Comments