Halia Dan Lengkuas Tahan Lama-Frozen


Salam Jumaat semua. M<asak apa harini? bagi yang cuti mesti dah merencana nak masak menu apa harini kan? Yang berkerja pun dah tentu selesai memasak awal pagi tadi kot?Ni stok lengkuas dan halia saya. Jarang guna lengkuas dalam rempah ratus masakan di rumah ni, tapi bila nak guna memang leceh nak beli. Dah la nak pakai sikit saja. Maka stok lengkuas dan halia saya akan potong kecil dan frozenkan agar tahan lama dan mudah nak digunakan. 

Serai, daun kari, daun limau purut, cili api yang dah dikisar , tomato semua tu difrozenkan agar dapat mengelakkan pembaziran dan sentiasa ada stok bila nak digunakan. 

Pada saya lebih mudah dan tahan lama jika  difrozenkan banding cara simpan rendam dalam bekas tu. 

Post a Comment

0 Comments