Hari yang busy. Kisah rumah yang satu ni, plan asal nak buat homestay tapi bila dah bawa masuk perabot tau-tau tak dibenarkan buat homestay la pula. Maka, saya cuma gunakan untuk healing-healing ala-ala bercuti di resort kononnya atau sesekali datang swimming salin baju di sini. Memandangkan ia dah tak diperlukan lagi maka tiba masanya saya melepaskan dengan rela hati untuk disewakan. Mungkin kalau rasa pedih hati ni bila memikirkan tentang rumah ni saya akan jual je kot. Setakat ni bila dikira ada untung 50-70k jika dijual.
Bila bayar duit maintenance nak update dalam apps css tak boleh. Kelam kabut pula ke pejabat untuk minta management bantu. Alhamdulillah selesai. Cuma nak tukar rail langsir saja lepas ni sebab sebelum ni beli kat Mr DIY tapi buruk benar pula kejadiannya. Sebelum penyewa masuk nak tukar yang elok sikit agar sedap mata memandang.
Doakan dipermudahkan urusan saya ye. Kalau dalam masa terdekat ni dapat penyewa saya melepaskan dengan rela hati port healing saya ni, tapi kalau lambat sangat atau serabut dengan kisah penyewa saya melepaskan sepenuhnya, nak jual je kot? duit tu boleh healing pergi bercuti ke Maldives seminggu, bulan depannya sambung cuti ke Bali pula sebulan duduk kat Ubud santai santai sebulan tanpa perlu serabut. huhu.
Melepaskan dengan hati yang redha itu akan buat hati tenang. Kan?
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.