Salam Sabtu semua. Permulaan hari yang sedikit kelam kabut. Oleh kerana dah beberapa hari badan ni tak sihat, demam sikit dan sakit kepala serta tekak mula sakit maka mata memang susah nak buka bila tiba waktunya. Terlewat bangun memang akan jadi kelam kabut sikit. Laju-laju suruh dua hero tu bersiap untuk pergi mengaji dan lepas tu terus saya berperang di dapur menyiapkan menu nasi lemak sotong kering. Menu ni saya dah plan nak buat sejak beberapa hari lepas tapi sebab tak sihat tertunda hingga ke hari ini.
Biasanya kalau nak buat menu nasi lemak sambal tumis tu saya akan buat sebelum tidur tapi tak sempat buat maka, kelam kabut la buat sambal tumis, sambal sotong kering dan nak merebus telur bagai. Mujur sotong kering tu saya dah rendam sebelum tidur malam tadi.
Ops saya tak suka kacang goreng, maka jangan cari kacang goreng dalam pinggan saya ye! hehe
Korang sarapan apa pagi ni?share la sini
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.