Siapa sangka, hidangan ringkas yang menggamit memori zaman kanak-kanak ini masih menjadi rebutan sehingga hari ini? Walaupun sekadar aiskrim legend yang diikat dalam plastik panjang, kedudukannya tidak pernah diganti oleh aiskrim moden yang mahal. Rasanya yang manis dan sejuk sentiasa berjaya memikat hati sesiapa sahaja, terutamanya pada hari cuaca panas. Kali ini, saya ingin ajak korang mengimbas kembali kenangan membesar dengan aiskrim lagend ni.
Rahsia Tekstur Lembut Dan Gebu
Ramai orang merungut aiskrim buatan sendiri menjadi keras seperti batu selepas dibekukan. Rahsia utama untuk mendapatkan tekstur aiskrim Malaysia yang lembut, gebu, dan sedap dimakan terletak pada kombinasi tiga bahan penting ini:
- Susu Manis: Memberikan rasa manis berkrim yang sekata.
- Susu Cair: Menambah kelembutan lemak tanpa mematikan rasa perisa utama.
- Tepung Jagung: Bertindak sebagai agen pelembut agar ais tidak membeku terlalu keras.
Cara Buat
1.masukkan susu mani, susu cair dan tepung jagung anggaran 2-3 sudu besar. kacau sebati baru didihkan air. masukkan perisa apa yang disukai.
2. bila dah mendidih, sejukkan dan tuang dalam plastik aiskrim.
3. bekukan
Walaupun ringkas, aiskrim Malaysia ini terbukti kekal menjadi kegemaran semua lapisan umur hingga saat ini. Kelembutan teksturnya yang dihasilkan daripada adunan susu dan tepung jagung pastinya akan membuatkan sesiapa sahaja mengunyah tanpa henti. Selamat mencuba resipi ini di rumah, atau jadikan ia sebagai idea jualan sampingan yang menguntungkan!
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.