Tercicir Earring aka Anting-anting/ Subang



Salam Selasa semua. Hi!!!
Happy Birthday kepada awak, awak dan awak yang menyambut ulang tahun kelahiran pada harini 4 Ogos. Semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Happy anniversary buat yang menyambut ulangtahun bersama pasangan. Selamat buat awak juga andai tarikh 4 Ogos ni adalah tarikh keramat buat awak . Okey, jom kita mula cerita. Malam tadi(err kat kampung saya sebut last night tu malam tadi) semasa nak swimming saya buka anting-anting sebab risau tercicir semasa berenang. Tapi, tindakan paling BODOH saya buat kali ni adalah menyebabkan earring saya cicir. 

Tak tau apa yang saya fikir. Saya boleh pula lekatkan anting-anting tu pada zip kocek beg dengan alasan kalau letak pada beg nanti cicir jika seluk nak ambil barang. Bila nak balik, pasti saya akan zip beg. Masa tu sure saya akan pakai semula earing tu(ini dalam fikiran saya)

Selesai swimming, saya santai santai guna hair dryer mengeringkan rambut sambil layan podcast dan bila sedar dah pukul 10 lebih saya kelam kabut nak gerak balik. Appartment ni memang kosong saya datang sesekali saja healing ke sana. Saya terus angkut poket beg yang tidak berzip.Ikut laluan yang saya tak pernah lalu sambil cuci mata tengok orang lalu lalang dan terus balik ke rumah. Bila dah nak tidur, saya rasa telinga kosong! err mana aerring saya?

Saya mula gelabah. Check zip memang dah takda di situ. Dah pukul 11 lebih , adakah saya akan jumpa jika saya cari malam atau tunggu esok saja? Kalau esok sure awal pagi dah ada cleaner sapu sampah . Adakah peluang untuk saya dapat kembali earing tu cerah?Malas nak berteka teki saya terus capai kunci kereta dan plan nak cari sekitar laluan dari security ke unit rumah dulu. Kemudian barulah saya akan cari dalam rumah dan di laluan yang saya tak pernah lalu sebelum ni tu dan area parking. Terasa nak tanya pada security yang bertugas tapi saya tak buat pun. Rasa nak cari dulu sendiri. 

Scan je kunci, masuk je lorong menuju ke unit rumah saya eh elok je nampak seketul earring saya parking situ. Laju laju saya kutip. Detik hati takpelah dapat sebiji pun, tak la kena modal seribu untuk beli set baru kalau tolak seketul ni detik hatiku. 

Rupanya tak jauh dari situ ada seketul lagi. Eh sebiji kan? apa pula seketul. huhu. Alhamdulillah syukur.  


Tak lama lepas keluar dari unit rumah saya la dia cicir maksudnya.  Dia ada di antara unit rumah saya dengan unit big boss. Rumah kami bersebelahan. Macam ajaib boleh jumpa semula walau.....kemek la juga mungkin ada orang terpijak tanpa sedar ia adalah seketul emas 916 yang lembut selembut hati saya. Mujur earring ni jenis susah nak move one melepaskan kenangan bersama saya.Dia setia menanti saya kutip dia. Kalau dia jenis mudah melupakan macam orang yang sesuka hati melupakan insan yang konon pernah dia sayang haihh sure earring ni dah ikut orang lain dah. Eh!! gurau.

Ye korang, macam mimpi bila dapat jumpa balik. Pagi ni saya belek lagi earring ni dan buat keputusan muktamat dalam masa terdekat saya wajib tolak yang ni dan tukar baru. Pertama sebab dah kemek sikit tapi saya dah cuba betulkan dan boleh je pakai. Keduanya dia memang dah tak ketat mudah tanggal. Sarung baju tanggal, buka baju pun mudah tanggal. Bangun tidur dia suka lepak atas bantal takmo bangun sekali, hehe. Hilang dalam rumah dah berkali kali, hilang luar rumah pula kali ni. Sebelum dia hilang dari hati saya lagi  rasanya lebih baik saya yang gantikan dia dengan yang lain dan  keluarkan dia dari lipatan hidup saya, betul tak?



Post a Comment

0 Comments