Cerpen - Kau Kebahagiaan Ku


Aku rasa pedih, air mata tak henti mengalir. Entah mengapa aku rasa sangat tertekan sekarang ni. Terasa aku menzalimi diri dia, terasa aku seperti tak bersyukur dengan apa yang telah dia lakukan. Mungkin api cemburu dalam diri buat aku meronta-ronta menuntut 'hak' aku sebagai insan yang bertakhta di hatinya.

"Sob sob sob...liya minta maaf ye sayang. Liya tak bermaksud nak marahkan sayang cuma Liya terasa sangat cemburu terlihat  gambar sayang dan dia di facebook tadi. Perkahwinan kita jadi rahsia di mata umum dan Liya makan hati lihat kemesraan dia dan sayang di khalayak ramai." akhirnya benda yang terbuku terluah juga. "Liya, tolong jangan buat Zikri macam ni. Kesian pada baby dalam kandungan Liya tu, kalau Liya sedih nanti baby pun sedih. Takmo la sedih ye, Zikri janji takkan sakitkan hati Liya lagi." cinta hatiku cuba memujuk. Hatiku terbakar sejak terpandang gambar kemesraan mereka di facebook semalam. Memang bukan suamiku yang upload, cuma maduku upload dan tag Zikri gambar tu. Zikri tau aku terluka dengan semua ni namun semuanya ini perlu kami lalui dengan tenang.

Masa berlalu semakin pantas. Usia perkahwinan aku dan Zikri telah berlalu hampir setahun. Alhamdulillah kami sangat bahagia. Namun cuma keluargaku saja yang mengetahui perhubungan kami, sedangkan keluarga mertuaku juga tak mengenali aku sebagai menantu mereka. Jauh sekali Siti untuk tahu akulah madunya yang berkongsi suami, berkongsi kasih Zikri. Hampir setahun aku seakan menjadi wanita simpanan Zikri, bertemu cuma dua minggu  sekali itu pun Zikri hanya dapat bermalam hanya semalam dua saja. Hati ku remuk?ye...sangat remuk tapi inilah yang terbaik buat masa ini demi kesejahteraan aku dan perhubungan kami. Zikri tahu perangai Siti bagaimana, jika Siti tahu tentang aku pasti habis aku dilanyaknya. Siti...sangat cantik, comel dan jauh lebih muda dari aku. Nampak lembut perwatakannya namun jauh dalam hatinya dia sangat pendendam, pemarah dan kerap mengamuk. Zikri sentiasa pastikan aku tak bertembung dengan Siti kerana sejak belum bernikah lagi memang Siti sentiasa curiga akan aku dan Zikri. Jika dia tahu kami telah bernikah pasti teruk aku dikerjakannya.

Pada pandangan dunia akulah wanita jahat, perampas suami orang dan kejam. Meragut kebahagiaan insan lain, aku juga berpendapat begitu sebelum aku dan Zikri membuat keputusan untuk bernikah. Sebelum Zikri melamar aku. Zikri dan aku telah saling mengenali hampir 3 tahun lalu. Zikri muda 4 tahun dariku dan dia amat rapat dengan aku dan anak-anak saat aku masih menjadi isteri Hasrul lagi. Tak sangka lepas kematian Hasrul dia masih ambil berat tentang kehidupan kami sekeluarga. Zikri tempat aku bercerita pahit maung hidup menjadi ibu tunggal. Aku tinggal di putrajaya dan ibu di Dengkil. Anak-anak akan aku hantar ke rumah ibu tiap pagi sebelum aku pergi kerja.Menjadi ibu tunggal dengan dua anak bukan mudah bagiku ditambah pula dengan cemuhan masyarakat dan rakan sekerja. Rakan baik yang dulu berkongsi rasa, berkongsi masalah menjauh bila aku jadi balu. Hebatnya nilai persahabatan mereka pada aku.

Walau jauh tinggal di Arau tapi Zikri rajin melawat aku dan anak-anak di sini, akhirnya selepas setahun arwah suami pergi Zikri melamar aku menjadi suri hatinya. Tanpa mengira  jarak usia antara kami Zikri mahu aku berkongsi hiduo dengannya. Namun kerana Siti agak mengongkong Zikri tak berani bersemuka dengan Siti dan ibunya. Jadilah aku isteri 'simpanan' buat Zikri. Alhamdulillah perkahwinan kami bahagia dan Zikri berjaya buat aku dan anak-anak bahagia. Walau jarak kami jauh dan jarang bertemu aku tak rasa terabai. Aku saja yang suka merajuk tak tentu pasal cuba nak tarik perhatian Zikri terutama sejak aku mengandung anak sulung kami ni. Zikri terlalu teruja dengan kandungan ku ini, dah bertahun dia impikan untuk menjadi ayah sedangkan Siti tak mahu membesarkan badan dan menambah lemak untuk mengandung katanya. Ye, Siti memang cantik dan sentiasa jadi pujaan tiap lelaki yang melihatnya. Namun bagi Zikri kecantikan fizikal bukan menjamin kebahagiaan buat dirinya. Dia ingin kasih sayang dan zuriat. Bagiku...walau kadang-kadang terasa niat Zikri memperisterikan aku bersandarkan simpati namun bila melihat kasih dan perhatiannya aku jadi amat terharu. 

Benar kata Zikri..tak perlu aku upload gambar kebahagiaan kami di facebook atau dia mana saja buat tontonan umum kerana kebahagiaan tu kami yang rasa tak perlu kami beri dunia melihatnya. Kenangan indah percintaan kami ini biarlah melekat di memori kita saja, dan pastinya kita saja yang tahu apa yang kita rasa. Silap percaturan pasti huru hara hidup kami jika Siti tau tentang kehadiran aku dan anak-anak dalam hidup Zikri.

Ibu dan ayah sentiasa menasihati aku agar jaga emosi dan tidak membebankan fikiran Zikri. Zikri terlalu jauh untuk selalu memanjakan aku, namun tak bererti dia tak kasih pada aku dan anak-anak. Alhamdulillah Islam itu mudah, Islam itu indah...aku bahagia walau berkongsi kasih. Aku bahagia walau dituduh merampas kebahagiaan Siti. Buat-kawan-kawan sekerja aku faham mengapa kalian dulu menjauh dan sekarang kita akrab semula walau ada suara sinis mengata aku pakai ilmu hitam memikat Zikri. Zikri bukan orang kaya pun yang aku target nak pikat...aku pun banyak bantu Zikri dalam soal kewangan dalam melunaskan janjinya dalam memenuhi kehendak Siti dalam bergaya. Zikri suami aku yang sah dan tak salah aku membantu suami ku, tak salah aku meringankan beban suamiku. Apa yang aku dambakan hanya kasih sayang dari dia yang bergelar 'suami' . Alhamdulillah kandungan aku telah  berusia 3 bulan. Tak lama lagi kami akan lebih bahagia bersama seorang lagi anak ini. Terima kasih wahai suami kerana menerima diriku seadanya, terima kasih ibu dan ayah kerana sentiasa memberi semangat buat anakmu. Buat kalian semua poligami itu tak salah apa yang penting cara dan matlamat kita dalam mencapai kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga.




Post a Comment

9 Comments

  1. postingan2nya sangat bagus, menarik dan bermanfaat,,terus menulis,,karena dengan menulis kita bisa mengembangkan imajinasi kita dan menjadikan kita lebih kretaif..serta kadang bisa menghibur orang lain.. ^_^

    salam kenal
    kalau berkenan silahkan mampir ke EPICENTRUM
    folloback juga ya buat nambah temen sesama blooger,,tukeran link juga boleh,,makasih..^_^

    ReplyDelete
  2. erm pahit yg dilihat bukan bererit kelat yang dirasa.. dibalik kesedihan pasti terselit seribu kebahagiaan.. akak sedih nya, sobsobsob

    ReplyDelete
  3. miza...selami sedalam2nya...

    sangat sedih dengan cerpen nie...seolah2 dekat je dgn diri nie..huhuhu..

    ReplyDelete
  4. ohh sngt sedih walau dia bahagia

    cm ade kat tmpat "aku" tu

    cmne kawen kalau dok jauh

    hurmm sedih2

    gudjob kak

    ReplyDelete
  5. Tak tau nk komen apa...tp sedihhhh....

    ReplyDelete
  6. oleh kerana nama2 bergitu sinonim dengan diri ini..

    menitis air mata ini.

    namun, syukur.. kerana cerpen ini menyebabkan kak ayu rasai erti derita si ibu tunggal...

    tahniah lydia.. teruskan berkarya

    ReplyDelete
  7. Anonymous5/23/2012

    Assalamualaikum Akak yang baik hati. Sy baru sahaja mendapat berita rumah saya di kampung terbakar. 100% rentung. Sy tak ada lagi tempat tinggal Akak... sangat sedih. Hanya pada org yg sy kenal tempat sy meluah kesedihan ini. Tapi Alhamdulillah keluarga saya selamat. Insyaallah awal pagi esok sy bertolak balik kampung, Terengganu. Doakan sy selamat sampai ya Akak LM.

    Ammar: www.blogammar.com

    ReplyDelete
  8. wah dikk .. tak terkata akk nie
    hurmmm ;)

    ReplyDelete
  9. Anonymous11/16/2015

    nice story but klw nk komen yg baik2 jx kta xtw dmna kslpn kta.right

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com