Assalamualaikum. Hadiah,Kadang-kala apabila ada sesuatu tarikh istimewa kita tak mengharap hadiah. Apa yang penting ucapan dan doa dari insan yang  menghargai kita sudah memadai. Namun, bila tiba-tiba dirai dan diberi hadiah pasti kita rasa diri amat dihargai.

Benarlah yang dikata bahawa rezeki itu datang dalam pelbagai sudut, bukan hanya pada duit tapi dari segi kesihatan, kasih sayang, harta benda malah kesihatan.

Pucuk dicita ulam mendatang,Alhamdulillah Tak sangka tiba-tiba dapat hadiah jam pada tarikh teramat di hari ulang tahun kelahiran.

Pada awalnya saya menolak bila incek bos suruh pilih jam pink tu sebab hadiah jam masa birthday dulu masih elok lagi. 

Jam putih dulu tu berjasa lama dah dan masih berfungsi dengan baik, berbaloi dengan nilainya harganya alhamdulillah. Tapi agaknya bila saya pernah sebut nak beli G-Shock  pink tu yang disuruh pilih jam ni kot? G-Shock sangat besar untuk tangan saya.Nampak tak sesuai dengan lengan saya. Tak mengapalah, ambil baby G saja. Janji pink. Tetap jadi pujaan hati. Kalau berjubah boleh pakai jam putih tu lebih kasual. Tukar-tukar pakai.. Orang memberi kita menerima . Syukur alhamdulillah, Moga dilimpahi rezeki. Amin


Eh.. Kenapa dua?

Hihi anak dara tu pun dapat hadiah sempena result UPSR dia. Si kakak punya ada waranti bateri dan motor setahun, saya punya ada waranti motor saja setahun.