Ku Sangka Gastrik Rupanya Batu Hempedu

Assalamualaikum.

30 Oct lepas LM nekad bertemu doktor pakar setelah menahan kesakitan lama sakit perut berulang kali . LM ni memang ada gastrik sejak remaja lagi. Tapi bila makan ubat gastrik, kejap ke terus baik. Kesakitan ulu hati kali ni memang tak surut sakit tu. 

Berguling menahan sakit sampai sejuk dan gigil tangan jadinya. makan ubat gastrik memang tak baik. Kadang tu dapat suntikan tahan sakit .kadang cuma ubat yang sama. duit habis beratus tiap kali ke klinik, sakit ulu hati dan perut sebelah kanan tetap menjadi jadi . menyerang setiap pagi kadang tu 5 hari berturut-turut.

Seingat LM sewaktu bercuti kenLangkawi haritu memang kerap kena sakit ni. ku lawan JEBAT! eh sedang bercuti kot..xmo la cacatkan emosi orang lain kan.

Memang LM ada bawa sikit ubat serba sedikit. telan je la apa yang namanya boleh tahan sakit. 

Lepas balik dari Langkawi lusa tu balik kampung pula. Kena juga. Eh lagi la teruk. Maka takmo berlengah terus lah dating dengan doktor pakar. 

Niat hati nak cari ubat gastri lebih POWER lah kononnya kalau dah sampai ke pakar. 

Image may contain: Lydia Miza Norjaini, close-up

dalam sakit pun muka kerek. ramai giler orang masa tu. sabar je menanti giliran.

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
 Bila cerita sakit bahagian ulu hati bawa ke kanan perut doktor terkejut. dia kata eh, gastrik sebelah kiri. sebab perut kita di seeblah kiri. 

terus lah dia tunjuk model patung dan buka paru paru , tunjuk perut. tunjuk kanan pula ada hati dan hempedu. arghh tak comel betul model tu!

Berdebar menerima [enerangan doktor. Batu karang?  antara sesuatu yang doktor syaki. LM bagai tak boleh bernafas dengan rentak sama dah. kejap zapin, sekejap balada. hahaha

Ops sila tahu LM ke hospital drive sendiri. sebab suami kerja masa tu. dia kerja dari rumah sambil urus anak yang lain dan urus persiapan kafa apit dan acha. Bila dan jadi camtu terus kena warded lah. Jammed 2 saat!

Lepas call suami bagi tau hal tu terus tunggu nurse urus tentang wad. Tapi lama betul menanti. Last diorang bagi surat pelepasan bagi keluar sekejap makan sebab wad tak siap lagi. LM menapak lah sendirian mencari sesuap makanan sementara 1.30 tengah hari waktu yang diberi untuk kembali ke wad semula

Image may contain: Lydia Miza Norjaini, selfie and close-up

masa ni masih blur, sedih dan takut. nangis 88 kali kot? hahaaha. dengan tak tidur sejak 2 pagi berguling sakit. tu yang terus jumpa doktor tu. 

tau tak,LM tak jumpa warung ke restoran atau kedai makanan melayu kat situ. jumpa dominos je. boleh la. asal kenyang. 


Ku sangka 15 minit je,rupanya 30 minit baru siap. berakar tunggu situ tau tak. Aduiiii

maka dari plan nak makan situ terus LM bagi tau nak bungkus je. 

Image may contain: food

LM sempat makan 2 keping pizza single tu terus masuk ke hospital sebab suami dan anak anak dah sampai. terus masuk wad. wad pun dah siap. Mohon wad single takda kosong duduk la katil berdua. huhu

Maka tidur wad lah LM malam tu sebab doktor plan nak buat endoscopy masuk camera dalam perut LM. 

Image may contain: indoor

ni katil LM . silap ambil katil. sepatutnya dah tau bilik berdua ambil la yang hujung sekali. ni ambil mula mula dekat pintu. serabut giler okey!

jiran sebelah katil tu laki dia dan anak rajin datang maka rasa tak syok la dia nampak LM terbaring tu kalau tak tarik langsir. kawan lelaki, kawan perempuan melawat. maka, akhirnya LM tarik langsir tu sampai tutup semua katil LM. bukan sombong, tapi memang tak selesa kita baring orang lalu dia pandang kita terbaring. huhu.

Walau memang tak buka tudung tapi tetap tak selesa. LM buka tudung selepas jam 1 pagi sebab doktor dah tak datang dah masa tu. nurse semua perempuan islam malam tu.


bersambung....


Post a Comment

1 Comments

Warisan Petani said…
Mudah2an dah sihat