Assalamualaikum semua. Salam Selasa. Alhamdulillah harini dapat restock ikan pelaling. Beli 2 kg je dulu nanti 2 3 hari lagi beli lagi.
Syukur sangat mudah dah kami dapat stok ikan segar. Kami di Seri Kembangan ni memang sukar nak dapat ikan segar, tapi sejak PKP ada orang jual online dan delivery cuma RM2 saja casnya.
Ni ikan kegemaran LM. Tak sure tempat lain panggil ikan pelaling ni apa. Ni bukan kembung ye. Sebab kembung perut dia buncit bulat sikit. Tapi kalau takda stok pelaling kadang beli je kembung cuma LM lebih memilih pelaling berbanding kembung.
Ikan ni kerap LM goreng je. Kadang buat kari 2 3 ekor, selebihnya goreng. Lawan pula dengan sayur kangkung belacan perghh sedap. Ada sayur tumis air pun syok layan dengan ikan ni.
Tekak kampung, ikan murah je la LM layan. Korang bagi salmon memang LM tak makan pun. Hahahha, bab ni memang ramai pelik sebab sejak duduk Qatar LM beli salmon dan try masam pelbagai resepi tetap tekak tak mau terima. Masuk restoran, orang order salmon kita join makan pun tak boleh telan. Maka terserlah la diri ini hanya boleh makan ikan murah je. Hahhahaha (gurau)
Sejak ada orang jual ikan segar kerap la menu ikan kat rumah ni. Kalau dulu harap stok ikan pasar borong je. Beli harini minggu depan kisar buat makanan kucing je la, nak makan pun tak selera kadang dah terasing isi dengan tulang. Masa beli elok, balik rumah dah lembik.huhu
2 Comments
kat rumah saya pun memang selalu goreng je ikannya
ReplyDeleteitulah, kalau ikan ni sedap bila segar. goreng garam kunyit pun dah boleh terasa enaknya
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com