Sandwich Tuna

Assalamualaikum 
Salam Isnin semua. 

Apa khabar. 

Pagi ni sejuknya la hai. Terasa liat nak bangun awal buat sarapan dan bekal anak ke sekolah. Hahah. Malam tadi sebelum tidur Aish dan Syahim dah pesan, mereka cuma nak sandwich tuna saja untuk bekal. Maka sekalikan saja lah untuk si abang menu yang sama.

Untuk kami LM goreng nasi selepas mereka ke tadika. Goreng lewat sikit sebab biasanya sarapan selepas mereka ke tadika. 

Musim hujan dah sekarang ni. Tiap pagi sejuk je. Rasa malas nak bangun pun ada. Macam tadi jam bunyi 5.50 pagi rasa macam nak sambung landing lagi je. Haha.

Eh lagi parah bila tengok video orang buat wrap pelbagai sandwiches buat malam simpan dalam fridge, esok tinggal ambil je. Terus rasa nak buat gitu sebab malas nak bangun awal buat sarapan😂

Okey la korang, LM nak buat kerja sikit ni, moga dipermudahkan urusan kalian ye. Doakan LM baik dari demam. Tak baik lagi demam LM ni. Dah berapa hari dah ni ha demamnya. Tata! 

Post a Comment

0 Comments