Assalamualaikum. Salam Khamis. Menu simple saja pagi ni  murtabak maggie. ops bukan maggie tapi mee segera brand cintan . saya rebus sekejap . toskan dan campur dalam adunan.









2 ketul daging ayam dikisar.
 beberapa biji telur ayam+ serbuk kari+ garam+2 bungkus Maggie yang dah direbus+daun bawang yang saya petik semalam+ perisa yang disukai lada sulah ke, serbuk pati ayam ke.. Ikut suka lah.

jika suka boleh juga tumis dulu bawang dan isi ayam bersama serbuk kari . kemudian baru bancuh dalam telur dan mee instant. saya buat kedua cara ikut sempat.

Alhamdulillah siap.

Simple tapi menenangkan cuma jangan buat selalu la sebab mee instant tak bagus untuk kesihatan, lambat hadam. Sesekali boleh la bila teringin makan.