Assalamualaikum
Di Betong, Thailand ni terlalu banyak kedai halal. Tak menjadi masalah untuk kita mencari makan.
Di restoran Fee Fix ni, ada menjual pelbagai menu. Dari roti canai yang kuahnya sedap hingga lah pulut ayam, segala jenis mee celup, kuih muih yang mirip kuih Malaysia seperti pulut panggang udang yang sedap, pulut dakap, kuih pisang ala ala lepat pisang tapi di kukus dan dipotong pelbagai makanan lain nasi lemak, nasi berlauk dan nasi komok ke apa tu yang kuning tu.
Mee celup dia pun sedap. Portion besar kenyang la makan. Walau kedai ni nampak biasa- biasa saja, tak rugi duduk makan di kedai yang boleh dikata kan sentiasa penuh dengan pelanggan.
Restoran ni tak jauh dari 7E, balik dari sarapan boleh shopping borong makanan viral 7E pula tau.
2 Comments
bestnya dpt JJCM sambil travel ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Kebetulan cuti sekolah boleh la jalan cari makan kan..
DeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com