Di Betong, Thailand ni terlalu banyak kedai halal. Tak menjadi masalah untuk kita yang muslim mencari makan.
Di restoran Fee Fix ni, ada menjual pelbagai menu. Dari roti canai yang kuahnya sedap sehinggalah pulut ayam, segala jenis mee celup, kuih muih yang mirip kuih Malaysia seperti pulut panggang udang yang sedap, pulut dakap, kuih pisang ala ala lepat pisang pun ada.
Pelbagai makanan lain nasi lemak, nasi berlauk dan nasi komok semua sedap.
Mee celup dia pun sedap kedai ni. Portion besar kenyang la makan. Walau kedai ni nampak biasa- biasa saja, tak rugi duduk makan di kedai yang boleh dikatakan kedai ni sentiasa penuh dengan pelanggan.
Restoran ni tak jauh dari 7E, balik dari sarapan boleh shopping borong makanan viral 7E pula tau.

2 Comments
bestnya dpt JJCM sambil travel ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Kebetulan cuti sekolah boleh la jalan cari makan kan..
DeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.