PISANG SERENDAH/PISANG SUSU

 Assalamualaikum


Pagi semua. 

Kisah pisang serendah/ atau pisang susu. Ada nama lain ke? 

Pisang ni khas untuk di makan begitu saja atau sesuai dibuat kuih, tak sesuai di goreng kerana jenis lembut dan banyak air. Kalau goreng sure akan meletup letup. 

Pokoknya rendah saja. Daun agak lebar sesuai sangat jadi habuan LM guna untuk nasi lemak, kuih muih dan sebagainya. Bila nak Bakar ikan pun duk guna daun pisang ni sebab memang tanam di tepi rumah saja. 

2 hari lepas kan LM ada cerita monyet liar datang terjah rumah kami. LM syak dia intai pisang ni. 

Pagi semalam LM tengok ada 2 biji pisang ni dah masak. Biasanya pisang ni masak tanpa kami sedar. Tau tau dah di makan tupai atau burung beberapa biji baru lah kami tebang pokoknya 

Tapi sebab ada musuh yang mengganas 3 ekor tu, LM memang kerap intai pisang ni. Perasan dah masak 2 biji laju laju ambil. Pakji ke office semalam. Biasanya memang work from home, cuma sehari dua saja dalam seminggu dia ke office. 

Mana larat LM nak urus 6 sisir pisang tu. Tapi gigih juga ambil dan sisirkan letak dalam baldi. Pokok tak tebang lagi, pisang yang penuh sebaldi tu pun tak bawa masuk lagi sebab berat nak angkat. Cuma bawa masuk 2 sisir yang ada masak tu saja supaya takda lah jadi hidangan monyet. 

Benih pisang ni jadi kenangan kepada arwah pak sedara mak di Bukit Senggih. Hampir 10 tahun kot baka pisang ni. Semasa raya kami melawat beliau dan beliau bagi kami anak benih pisang ni. 

Al fatihah buat arwah tok Esa. Semoga rohnya dicuccuri Rahmat. Sampai sekarang kami menuai hasil dari pisang ni. 


Post a Comment

5 Comments

  1. morning LM

    x sure pulak kita kat sini panggil apa pisang ni

    ReplyDelete
  2. Err MZ tak sure la apa nama pisang ni..tp mz suka pisang🤤

    ReplyDelete
  3. dapnya pisang.. MA suka pisang & kuih2 yg berasaskan pisang..
    al fatihah buat arwah tok esa...

    ReplyDelete
  4. rajin LM tanam pokok pisang.. kat sini (rumah mak) kalau tanam pokok2 banyak keluarga pigs di sini.. hbs pokok2 ditumbangkan..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Semoga terus memberikan hasil yang baik..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com