PISANG SERENDAH/PISANG SUSU

 Assalamualaikum


Pagi semua. 

Kisah pisang serendah/ atau pisang susu di tepi rumah kami Ada nama lain ke pisang ni?? Pisang ni khas untuk di makan begitu saja atau sesuai dibuat kuih, tak sesuai di goreng kerana jenis lembut dan banyak air. Kalau goreng sure akan meletup letup. 

Pokoknya rendah saja. Daun agak lebar sesuai sangat jadi habuan saya guna untuk nasi lemak, kuih muih dan sebagainya. Bila nak Bakar ikan pun duk guna daun pisang ni sebab memang tanam di tepi rumah saja. 

2 hari lepas kan saya ada cerita monyet liar datang terjah rumah kami. Saya syak dia intai pisang ni. 

Pagi semalam saya tengok ada 2 biji pisang ni dah masak. Biasanya pisang ni masak tanpa kami sedar. Tau tau dah di makan tupai atau burung beberapa biji baru lah kami tebang pokoknya 

Tapi sebab ada musuh yang mengganas 3 ekor tu, saya memang kerap intai pisang ni. Perasan dah masak 2 biji laju laju ambil dan terus tebang pokoknya. Risau semakin kerap monyet intai dan dibawa lari dek mereka. 

Post a Comment

5 Comments

  1. morning LM

    x sure pulak kita kat sini panggil apa pisang ni

    ReplyDelete
  2. Err MZ tak sure la apa nama pisang ni..tp mz suka pisang🤤

    ReplyDelete
  3. dapnya pisang.. MA suka pisang & kuih2 yg berasaskan pisang..
    al fatihah buat arwah tok esa...

    ReplyDelete
  4. rajin LM tanam pokok pisang.. kat sini (rumah mak) kalau tanam pokok2 banyak keluarga pigs di sini.. hbs pokok2 ditumbangkan..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Semoga terus memberikan hasil yang baik..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.